Saturday 13 April 2013

Mengiktiraf negara haram Israel


Baru2 ini masa Najib p ke negara Palestin, Anwar kutuk habis-habisan walaupun usaha ini usaha baik oleh Datuk Seri Najib Razak. Anwar kutuk sebab tidak menerima perpaduan negara palestin, kedua2 buah negara Gaza dan Palestin yang diketuai Mahmoud Abbas.



Anwar…Anwar….hg sembang banyak, dulu masa hang TPM hg lagi la xiktiraf negara Palestin. Ok sekarang ni officially memang negara dah iktiraf negara Palestin Fatah melalui dutanya di Malaysia, dan Najib buat lawatan ke Gaza melawat pulak Perdana Menteri Palestin, tidakkah itu mengiktiraf satu pihak lagi, lantas mengiktiraf kedua2 pihak, ataupun setidak tidaknya satu permulaan baik buat penyatuan kedua2 buah negara?
 

Hg tau dak Anwar Najib tu Perdana Menteri pertama selain negara Arab yang datang ke Palestin? Sepatutnya despite political enemy Anwar sepatutnya menyokong usaha  Najib, sepertimana ustaz nasharuddin mat isa dan zulkifli nordin menyokong beliau!
Juga hg tau dak Anwar, Malaysia bersetuju turut memberi dana membantu membaiki semula pejabat Perdana Menteri Ismail Haniyeh yang dibom Palestine?

Berita dunia melaporkan - "MALAYSIA'S Prime Minister Najib Razak has become the first non-Arab head of government to visit Gaza as an official guest of Hamas, provoking storms of controversy in Kuala Lumpur, the Palestinian territories and Israel."

Tweet Ustaz nasrudin hasan pada najib visit israel
 

Ustaz Nasharuddin Hassan telah berkata bahawa setelah mengiktiraf HAMAS maka langkah seterusnya ialah membatalkan hubungan dengan Israel! Baik benar apa yg disebut kan. Tapi secara terang-terangan menyokong sebuah negara Israel lagi lah haram!

Anwar= “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”

Anwar telah menyebutkan bahawa beliau menyokong keselamatan sebuah negara Israel. Lagi la durjana! Tuan Guru Nik Aziz tidak berkata tidak ada two-state-solutions, senada dengan Tun Mahathir kerana negara Palestin telah dirampas secara kejam oleh golongan Yahudi!
 


Tapi Anwar si sesumpah ini, sanggup menggadaikan perjuangan umat islam, perjuangan seluruh manusia yang cintakan keamanan di Palestin, demi sokongan mereka puak2 Israel haram jadah ni agar menyokong beliau!
Tengok ucapan Mahathir dalam perhimpunan Summit, mengutuk keras Israel!



Tapi Anwar? Dia sendiri xpernah dibuat Muslim mengkhianati aspirasi Palestin dengan menandatangani Annapolis Summit yang menyokong two state solutions, mengiktiraf negara haram Israel! Di depan Malaysia kamu kritik Israel, kritik hubungan ekonomi Malaysia-Israel namun kamu lebih derhaka kerana mengiktiraf dan menandatangan pengiktirafan negara Israel!
Lihat nama2 yang menandatangani http://theunspinners.blogspot.co.uk/2010/06/usah-berlakun-demo-anti-israel-anwar.html 

Saya nak tegaskan bahawa krisis Negara Israel ini, ulama2 dunia termasuklah Ulama PAS tidak bersetuju bahawa Negara Israel itu wujud, dan tiada two-state solutions (1-Negara Palestin 2-Negara Israel), kerana secara kejam Palestine telah dirampas dengan menghalau penduduk Palestine, namun Anwar Ibrahim telah tandatangan Perjanjian Annapolis Summit laitu mengiktiraf 2 state solutions, bertentangan juga dengan pendirian Malaysia. (Sebab tu passport kita sah kecuali Israel sebab tidak diiktiraf.Mungkin lepas Anwar PM perkara ini akan dibatalkan?)



Juga Anwar Ibrahim menyiarkan di blog nya tulisan perisik Israel bahawa sebenarnya tidak ada krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza di sini http://theunspinners.blogspot.co.uk/2010/06/anwar-siar-sokong-pembohongan-agensi.html . Anda percaya ke krisis kemanusiaan di Palestin itu hanya omongan semata2? Link anwaribrahimblog juga ada di dalam itu. Petikan itu dia quote dari Shin Bet. Tau dak Shin Bet ni apa dia?Shin Bet ni internal security Israel, dah tentu la dia favour negara dia.
 
Bila ditanya flip flop Anwar dalam isu Israel Palestin oleh orang barat, tengok lah jawapan flip flop Anwar ini



Nampaknya Anwar mengkritik Israel di Malaysia hanyalah kerana sentimen rakyat Malaysia yang bencikan negara Israel, bukan kerana krisis kemanusiaan Palestinians.

Tengoklah perbezaan laporan TheJerusalemPost akhbar Israel tentang Anwar dan Najib Razak.


Yang dikatakan sesumpah ini, setelah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyokong segala usaha menjaga keselamatan negara Israel, di media Malaysia pula beliau berkata kenyataan beliau telah disalahtafsir bla bla bla beliau tidak bermaksud sedemikian .. 

Ini bohong semata2.memang itu yang beliau mahukan, setelah berjaya mengambil hati puak Israel maka kini di Malaysia perlu lah pulak buat damage control. Dia tau tetap akan ada puak2 taksub yang menyokong beliau, pak2 angguk yg kalau epal tu Anwar kata itu oren mereka akan percaya.
Jom kita lihat debat Khairy dan Anwar Ibrhahim adakah benar beliau memaksudkan membela negara Israel ataupun tidak ?

Justeru jelas Anwar memang mengiktiraf Negara haram Israel!
Walaupun Nik Aziz meminta Anwar meneliti semula kandungan Wall Street Journal dan jika benar minta Anwar ditarik balik, dan jika Wall Street Journal melaporkan salah maka saman! Tapi Anwar Ibrahim respon apa? Dia kata dia dah beri penjelasan pada tuan guru dan memuji tuan guru yang bercakap secara sopan dengannya. Pokoknya dia xjawab.Tarik atau tidak? Justeru memang benarlah beliau berpendirian sepertimana yang dilaporkan akhbar Wall Street journal. Anwar dilapor sina harian kekal dengan pendiriannya walaupun berbeza pendirian dengan PAS.PAS?orang macam ni boleh buat kawan ke PAS? Najib yang xiktiraf Negara Israel haram berkawan noh?
 




Juga aku nak sebutkan juga, Perdana Menteri kita bukan setakat menyokong kerajaan Ismail Haniyeh, tapi turut membantu selesaikan isu kerajaan Filipina dan MILF yang berzaman berperang,dengan solution Mindanao MILF diberikan autonomi dalam mentadbir wilayah mereka.


Ini satu sejarah lagi, di mana Malaysia menjadi orang tengah di antara orang yang bergaduh dan mendapat perdamaian di antara mereka. Kita tidak memilih untuk membantu hanya orang yang bakal memberi keuntungan kepada kita, tetapi kepada semua, yang dianiaya yang dinafikan hak. Tapi Anwar? Jika sesuatu itu memberi keuntungan kepada  beliau barulah sokongan diberikan, LGBT,Kalimah Allah, Israel, Pluralisme agama, semua diberikan demi mengambil hati tangan asing puak Amerika dan Israel. Anda sokong beliau bermakna anda sokong tindakan Anwar dalam kesemua diatas!
 


Jika anda sokong Anwar Ibrahim maka ini lah pemimpin pilihan anda.
Link apa yang telah Israel buat dalam menegakkan negara haram mereka di sini http://mediawangsamaju.blogspot.co.uk/2012/02/hot-news-anwar-tunjuk-bukti-mengapa.html

Kembali kepada table of contents

No comments:

Post a Comment