Saturday 13 April 2013

Mengangkat liberalisme agama


Inilah Anwar Ibrahim. Entry ini dah addition kepada berlambak entri kesakitan agama Anwar Ibrahim demi mengaut laba politik. Orang ini sanggup buat apa saja, korbankan apa saja demi tangga Putrajaya.
Anwar Ibrahim, ketika berada di Indonesia menguatkan pengaruhnya dengan perjumpaan bersama golongan islam liberal,
Dahla membela Salman Rushdie seorang penulis anti islam, kata pula kononnya telah bertempur dengan puak konservatif islam di Malaysia kerana mempertahankan agenda liberalnya, tapi bila bersama dengan pimpinan Abim pula dalam mesyuarat tertutup, Anwar sekali lagi mengatakan telah bertempur dengan golongan liberal Indonesia, kononnya dia yang konservatif. Gila sungguh.Terbalik kuang!



Ini diperkuatkan lagi dengan temuramah Anwar di Barat tentang fahaman liberalnya tentang negara islam, kekhalifahan islam yang tidak ada, dan apa yang dibawa di Malaysia bukanlah agenda islam tapi agenda demokrasi sahaja! (Merujuk kepada sokongan Anwar kepada calon Islam di Kelantan bukanlah atas dasar prinsip negara Islam tapi semata-mata demokrasi dan kebebasan). 


Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan bahawa beliau menyokong Majlis Peguam mengadakan Forum Memeluk Islam atas nama kebebasan bersuara, dan menolak langkah-langkah menggantung lesen akhbar Guan Ming dan Sarawak yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad saw. 



Akhbar Guang Ming dan Sarawak Tribune yang digantung lesen dek undang2 Pak Lah Badawi yang mengetatkan media berhubung penghinaan kepada nabi. Adakah apa yang Pak Lah buat ini tidak islami? Kalau ikut Anwar Ibrahim,dia xsetuju kerana ia terlalu kejam katanya.




from here: http://www.malaysiakini.com/news/47026
xkan kot boleh bagi kebebasan media tanpa kawalan sehingga boleh ke tahap menghina nabi Muhammad saw kot?



Anwar Ibrahim juga bersetuju dengan penganjuran forum majlis peguam bertajuk kebebasan beragama tersebut.
Artikel tersebut boleh dilihat di blog anwaribrahimblog sendiri di sini
http://anwaribrahimblog.com/2007/05/15/alasan-lemah-pm-ulas-penangguhan-dialog-antara-agama/

Forum anjuran Majlis Peguam yang kononnya mahu buat perbincangan baik tentang kebebasan beragama, saya sertakan lampiran ucapan seorang peguam islam yang hadir bagi membantah program tersebut, sebab2 kenapa beliau dan rakan2 PAS sperti Salahuddin Ayub, Badrol Amin, Norazli Musa dan lain2 menentang program tersebut.

Petikan di bawah :-

Saya percaya Majlis Peguam bukannya berminat untuk mencari kebenaran. Mereka bukannya mahu berdialog. Malahan rentetan pendirian terdahulu Majlis Peguam dengan jelas memberikan persepsi bahawa mereka adalah golongan anti Islam.

Penglibatan Majlis Peguam menerajui gerombolan yang mahukan penubuhan Inter-Faith Commission yang mencabar Islam, penglibatan Majlis Peguam didalam kes-kes kontroversi membabitkan isu murtad saperti kes Azlina Jailani @ Lina Joy, kes nabi palsu Pak Kahar, kes S. Shamala dan Subashini, kes perebutan jenazah Mohd. Rayappan Abdullah dan Mohd. Moorthy Abdullah, mengadakan forum Kontrak Sosial yang mempertikaikan hak istimewa Muslim, forum mempertikaikan Artikel 121 (1A) dan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam hal “kemasukan & kemurtadan (conversion & apostacy)” dan lain-lain sikap anti-Islam yang terbukti dikalangan Majlis Peguam.

Malahan Majlis Peguam sudah diberi ruang yang cukup luas untuk mengemukakan pendapat dan hujjahnya.

Majlis Peguam melalui Jawatankuasa Keluarga diberi representasi yang secukupnya didalam Jawatankuasa Peguam Negara membincangkan pindaan kepada beberapa undang-undang khususnya membabitkan isu keluarga termasuk yang “convert” kepada Islam.

Majlis Peguam turut menghantar peguam pemerhati didalam beberapa kes kontroversi, malahan turut mengambil pendirian yang partisan dalam isu seperti murtad dalam kes Lina Joy, walaupun lebih 40% peguam adalah beragama Islam.

Peguam pemerhati Majlis Peguam diberi ruang secukupnya dalam kes Lina Joy untuk mengemukakan hujjah mereka untuk membenarkan orang Melayu boleh murtad dibawah Artikel 11 Perlembagaan.

Mereka diberi peluang secukupnya untuk berhujjah mempertikaikan bidangkuasa Mahkamah Syariah semasa perbicaraan kes Lina Joy.

Malahan Majlis Peguam diwakili oleh peguam kanan dan ternama, ada diantaranya dikatakan beragama Islam.

Selepas mendengar hujjah pihak-pihak selama beberapa hari dengan rujukan yang bertimbun dan dokumen yang berjilid-jilid, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa dalam hal ehwal Islam termasuk “kemasukan & kemurtadan (conversion & apostacy)”, ianya hendaklah diputuskan menurut undang-undang Islam dan Mahkamah yang kompeten dan berbidangkuasa untuk membicara dan memutuskan hal seumpama itu adalah Mahkamah Syariah yang melaksanakan undang-undang Islam menurut Artikel 121 (1A).

Bermakna Mahkamah Tertinggi dinegara ini telahpun membuat keputusan dalam perkara yang cuba hendak diforumkan!!

Sepatutnya Majlis Peguam sebagai mewakili badan guaman menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

Kalau mereka sebagai peguam pun tidak mengerti menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, mengapa kita perlu menghormati mereka?

Majlis Peguam telah diberi ruang secukupnya untuk mengemukakan pendapat dan hujjahnya, samada didalam majlis dialog, seminar, forum termasuk perbicaraan di Mahkamah.

Maka forum yang cuba dianjurkan oleh Majlis Peguam tersebut pada saya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Ianya memberi persepsi bahawa Majlis Peguam mempunyai niat lain dalam menganjurkan forum Artikel 121 (1A) tersebut.

Saya tidak pernah menghalang sebarang dialog kearah memahami antara agama. Malahan saya sendiri sudah acap kali berdialog terutama dengan Majlis Peguam. Sudah beberapa kali sebagai ahli exco Majlis Peguam saya berdialog mengenai Islam.

Pernah saya mewakili Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam mengadakan beberapa dialog dengan Jawatankuasa Keluarga Majlis Peguam.

Saya pernah menghadiri dialog dengan Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Buddha & Sikh yang dianjurkan oleh Suhakam. Saya tidak menentang dialog dan perbincangan inter-agama.

Apa yang saya tentang ialah cubaan untuk mengadakan perbincangan terbuka intra-agama Islam; tambahan kalau yang menganjurnya adalah dari kalangan bukan Islam.

 
Lihat video di bawah ucapan Anwar Ibrahim tentang perlunya perbincangan UMUM tentang murtad, negara islam tanpa perlunya kawalan dari kerajaan.


Persoalannya, wajar ke perkara sebegini patut dibincangkan secara umum dan tanpa kawalan?sampai takat mana nak bagi?

Maka, senada lah Anwar Ibrahim dengan Adun DAP Perak Ngeh Koo Ham yang merasakan muslim membuang masa dengan berdemonstrasi bab karikatur Nabi saw.





Dan di sini pula Anwar menyebutkan beliau " menyokong sebuah negara sekular yang dengan maksud pemisahan islam dengann negara kecuali hanyalah undang-undang keluarga dan undang-undang dalam persetujuan majoriti muslim. Kalau itu lah negara sekular yang dimaksudkan maka ia adalah terjemahan yang adil". 

Beliau juga membalun " PAS dalam membawa tuntutan Negara Islam selari dengan Dr Mahathir bahawa Malaysia Negara Islam tanpa menyatakan kandungan negara islam, adakah ia sekular atau islamik?"


Inilah yang seorang yang Amerika dan Israel mahukan, puppet Islam yang menjadi jurucakap bagi pihak mereka dalam mengurangkan kuasa islami sesebuah negara itu dari dalam negara, seperti gunting dalam lipatan.

Lihatlah juga di sini komen seorang blogger islam yang sayangkan Islam dan mempersoalkan akidah Anwar, jawapan2 Anwar dalam isu homoseksual, negara Israel, kalimah Allah dll.
http://www.anwaraidc.com/?p=30833


Lihatlah lagi bukti Anwar ini memang seorang LIberalisme islam, dengan kaitan2 Anwar dengan pemimpin Liberal dunia. http://www.anwaraidc.com/?p=30831&cpage=1
Juga Institut Kajian Dasar yang diasaskan beliau mengeluarkan banyak buku Islam Liberal seperti di sini
 
Institut Kajian Dasar ni diakui pemimpin Abim dan Anwar sendiri diasaskan Anwar dan Kamaruddin Jaafar seperti dalam rakaman ini



dan di sini



Tambahan lagi, seorang penulis buku India Mujawed Akbar telah menulis di dalam bukunya Tinderbox The Past and Future of Pakistan, yang dirasmikan oleh Anwar Ibrahim, telah menyatakan bahawa Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini. Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.


Anwar dan Mujawed Akbar di konvensyen India ConclaveToday
Apa kata Tuan Guru Haron Din dalam hal ini? “Jangan ambil begitu…yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap, maknanya apa sahaja kehidupan manusia, Islam menawarkan termasuklah penubuhan negara Islam yang lengkap. Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi,” katanya.
Mari kita dengar pendapat live sendiri dari Ustaz Haron Din!

Rakaman dan discussion penuh boleh di lihat di sini http://www.anwaraidc.com/?p=28174 dan sini http://www.anwaraidc.com/?p=28192

Perkara negara liberal ini turut disentuh oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam ceramahnya pada minit 5:52


Dan Anwar Ibrahim ni, bukan setakat dirinya liberal malahan partinya itu didikongi puak2 liberal, yang bukan mau sangat islam pun, tapi lebih teruk dari umno sebab liberalism agama teruih! Depa bersatu masuk parti keadilan rakyat!
Mai kita tengok figure2 besar harapan islam liberal di dalam parti PKR.
buku menilai semua al quran Irshad Manji- (anak zaid ibrahim PKR publisher nya)

Zaid ibrahm-walaupun dia sekarang bukanlah ahli pkr tapi dia telah meletak jawatan dalam kerajaan dahulu dan masuk pkr. Dia ni peguam,dahulu dialah yang menyaman kerajaan Kelantan kerana nak buat hudud dan kata bertentangan kerajaan. Kira dia buat lagi jahat dari Mahathir, nak saman teruih. Tapi baru ni masa dia bertanding pilihanraya, PAS lah yang menjadi tukang bela beliau, mengeluarkan fatwa2 dia ni telah taubat (isu dia mengaku minum arak) dan Allah pun tidak menutup pintu taubat baginya, tapi PAS ni dia fatwa macam tu xkeluaq pulak untuk orang UMNO, biar lah yg UMNO jahat2 dulu dah keluaq, dah mati dah, marilah kita memaafkan mereka ini dll..

Zaid ibrahim juga membela Anwar dalam isu kes liwatnya dengan saiful dengan mengatakan biarlah keputusan mahkamah fit the crime http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/12/27/let-the-punishment-fit-the-crime/ laitu perlakuan liwat saiful dan Anwar merupakan suka sama suka dan bukan seperti didakwa di mahkamah laitu atas paksaan, oleh itu biarlah Anwar bebas sebab benda tu xseperti yang didakwa. Boleh baca entri ini





Juga, anak Zaid Ibrahim ni paling kuat liberalnya dari Anwar, Ezra Zaid kerana telah menjadi pencetak dan publisher buku Liberal Islam laitu penulisnya Irshad Manji yang bertajuk Allah,kebebasan dan Cinta…


Buku itu memang gila, menyuruh Islamic scholars review balik dan tafsir semula hukum2 yang terdapat di dalam Al Quran, termasuk hukuman hudud kerana mengatakan potong tangan itu maksudnya tersirat laitu ambil hartanya dan kurungnya, supaya dia xboleh mencari makan dengan tangannya. Ish3
Ada orang kata kerajaan yang benarkan Irshad Manji masuk, kerajaan yang salah! Ish3 hampa ni teruk sungguh! Ada benda2 yang kerajaan xmampu buat dan dia buat setakat dia mampu lah. Nak buat mcmana dah minah tu terlepas masuk. Adakah dengan terlepas masuk minah hampa kata wey tukar kerajaan la, dan bagi direct terus kepada puak2 liberal sosialis DAP PKR ni? Keadaan islam akan bertambah baik? Bukankah JAIS,JAWI,JAKIM badan kerajaan dah menahan Ezra Zaid dan bukunya diharamkan, bukan usaha kerajaan?aik xpuji pulak usaha kerajaan? Inilah mereka yang tidak bpernah bersyukur kritik saja mereka tahu tapi memuji kebaikan tidak pernah!
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/5/24/mstar_berita/20120524132436&sec=mstar_berita
http://says.com/my/news/what-borders-you-more-jawi-jakim-or-the-book

Sorang lagi puppet liberalis sosialis islam ni dia, Hishamuddin Rais, dia ni student cukup suka sebab kata2 dia berapi menghentam kerajaan. Dia ni sakit otaknya sebab dulu ada kes apa ntah lari dari penguatkuasa Malaysia duduk di Rusia berapa tahun ntah, tu yg jadi otak komunis tu

Words paling best dia sebut ialah- "islam ni macam hotel california u can check in but u cannot check out" nak habaq kata islam ni sekali masuk xleh keluaq dah (murtad) sakit…sakit….



Dia ni suka berselindung dengan kata2 berbahaya, ada ke dia kata selamat maulidur nabi isa sempena 25 disember yang lalu? Apa muslihat dia sebut mcamni nak bagi sama kan maulid rasul Muhammad dan jesus? Bukankah 25 Disember tu hanya kristian yang percaya tarikh kelahiran nabi isa tapi bukanlah dalam Islamic teachings?



Hishamuddin Rais menyanyikan puisi malam kudus.

Laman link beliau- http://tukartiub.blogspot.co.uk/2011/12/selamat-menyambut-mauluddul-rasul-nabi.html


Orang ini juga hishamuddin rais menyokong sistem kewangan sosialis berbanding sistem islam di negara kita…sakit sungguh otak dia mana dia belajaq xtau pilih ekonomi sosialis berbanding islam. Lihat sini penulisan beliau  (penulisan dia) http://www.malaysiakini.com/columns/168992
http://www.keadilandaily.com/surat-akhir-untuk-gaddafi-hishamuddin-rais/
Juga, si sakit ini hadir program pelancaran buku irshad manji yang diharamkan JAKIM itu dan menyokong atas dasar kebebasan bersuara. PKR habis.

Dia juga xsetuju pemuda pas bantah irshad manji hadir kemalaysia here http://www.malaysiakini.com/columns/199383
http://www.anwaraidc.com/?p=24509
http://www.anwaraidc.com/?p=24509

Kembali kepada table of contents

No comments:

Post a Comment