Saturday 13 April 2013

Membenarkan Kalimah Allah Pada Bible Melayu


Maslah ini first sekali muncul bila Catholic Herald Weekly memohon perintah mahkamah untuk  mengisytiharkan larangan penggunaan kalimah Allah adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan ekslusif hanya kepada islam. Isu ini hnagat masa 2010 dulu.disambut oleh kebanyakan orang dengan bersetuju dan tak bersetuju tapi kemudian diam lama, kemudian dihangatkan semula dengan perutusan krismas oleh KM Penang Lim Guan Eng, di sinihttp://www.malaysiandigest.com/news/36-local2/204932-lims-christmas-wish-let-christians-use-the-word-allah-for-bm-bible.html . orang dah sengap dah isu ini dengan mesyuarat sebulat suara setuju dibenarkan PAS PKR DAP 2010 dulu tapi kali ni mungkin dia nak dapatkan momentum penuh undi semua pihak maka dia naikkan semula isu tuntutan kalimah Allah ini. Namun kali ini Majlis Syura PAS telah bermesyuarat dan bersetuju kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kristian dalam bible melayu mereka.

Mari lihat hujah2 videoklip ustaz2 yang xbenarkan gunakan kalimah Allah di dalam bible
Ustaz kazim Elias

Ustaz Taeeb Azzamuddeen

Ustaz Haron Din



Tapi walau setelah persetujuan oleh Majlis Syura PAS tersebut dilakukan, masih ada umat2 islam yang berkeras nak bagi kalimah Allah ni digunakan oleh depa. Parti PKR melalui ketua umumnya DSAI memang pertahan keras kalimah Allah ni diberi pada non muslim. Pastu syokla non muslim ni terutama DAP melompat lagi kuat sebab ada melayu bela depa, Lim Guan Eng tetap pertahan dan Karpal Singh pulak mintak lagi supaya Majlis Syura kaji balik keputusan tersebut.
Tapi si DSAI ni tetap nak bersama dengan Karpal Singh ni mempertahan kan depa, menggunakan isu teknikal bahawa Ustaz Hadi xbawak ke mesyuarat majlis presiden pakatan rakyat.


Adik anwar Ibrahim Azmin Ali pun turut bela kata keputusan majlis syura tu hanya untuk ahli pas sahaja.Dia ni bukan sedaq apa yg ustaz hadi sebut tu selaras dengan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan,di mana seluruh umat islam di Malaysia tertakluk,bahkan batang tubuh dia sendiri.


sakit depa ni.gunakan teknikal issue demi nak dapat undi bukan islam.

Kalau ikut ulama islam Malaysia yang yang bukan partisan, kebanyakan ulama tidak benarkan bukan islam guna kalimah Allah ni,kecuali Nur Manuty tu pun sebab dia PKR. 

Bagi depa non muslims, inilah peluang depa nak infiltrate umat islam, salah satunya. Kalau dah bagi kita xkan dapat balik dah, silap2 depa boleh mogok, mengamuk atau saman kerajaan sekalipun. Geng peguam kan belah PR kbnyakannya (sivarasa kapal Singh gobind deo singh ambiga dll)


Apa masalahnya kalau kafir nak pakai kalimah Allah pun?
Masalah besaq.... Dengan akidah orang Melayu yang xmantap ni, mudah sangat depa nak kata wey tuhan kita sama saja maila semayang di gereja kami, siap makan free lagi. Org2 susah yg terhimpit ni xdak pilihanla, try la sekali demi dpat makanan.so slow slow depa bagi tarbiah depa.
Lepas ni depa buat gereja boleh gabung solat sekali, la ni org nak masuk gereja pun rasa takut pasni rasa selesa ja, tuhan kita sama kan.

Anak2 kita pun kalau ibu bapa dia xdidik kefahaman islam yg betul2,silap2 ada org yg mengajarnya itu slow2 sedang memesongkan dia dari islam yg sebenar, igtkan Al Quran rupanya bible Melayu. Oleh itu menghalang kalimah Allah dari digunakan terus oleh mereka merupakan langkah preventive dalam menjaga ummah, selaras dengan kaedah fiqh menghalang perkara yg membawa kepada keburukan yg lain yg lebih besar ('jgnlah kamu mendekati zina')

Juga, kononnya akan letak restriction tentg penggunaan kalimah Kalimah Allah oleh depa, syaratnya tidak boleh disalahgunakan. Hangpa rasa2 la, boleh ka mampu ka kita implement restriction itu? Boleh ke kita nak halang kalau kata depa pakat tatu habis badan depa dengan dengan Kalimah Allah, masuk jamban buang air besar smua? Bolehkah depa menjaga kesucian kalimah ini sebagaimana kita mensucikan nya? Apa nak check setiap sorg dari mereka check ada tatu Allah ke x, then nak kikis sorg2? Kalau kita benarkan maka kena buat lah semua tu, itulah tanggungjawab kita demi menjaga menjadi kalimah suci ini.

Kristian di negara Arab dah guna lama dah?
Perkara ini biasa la uruf di negara lain lain xsama dengan uruf di sini. Undang tubuh kerajaan negeri ie Perak dan Kelantan berkenaan mahar nikah wanita pun berbeza inikan pula perkara sebegini besar. On the other hand, mereka di Arab sana telah lama pun menggunakan menggunakannya dan xmampu lagi nak ditarik semula dah pun. Silap boleh bergaduh agama. Tapi kita di sini blessed dengan dengan Kalimah Allah yg masih bersih, belum dikotori dengan tafsiran salah, kenapa kita nak benarkan?

Selain itu, saya mahu tanya antum smua, apa tugas Nabi Isa bila dia muncul pada kiamat nanti? Tugas dia ialah membetulkan akidah umat, nak habaq kat depa yg kata isa laitu Anak Allah itu kamu telah salah dan tafsiran Allah melaui maksud Islam itu lah yg paling benar, namun kita hari ini nak membiarkan, bahkan memberi kebenaran mereka terus salah dan dan dalam kesesatan? Masya Allah! Janganlah kita menjadi katalis dalam menodai agama Agama Allah yg suci ini Nauzubillah!

Kita bukanlah nak nafi yg tuhan kita dan depa sama tapi tuhan yg depa sebut tu bagaimanana, 3 dalam 1 ka tuhan tangan byk ka mcmana, ha kacau ni,kena pikiaq akidah anak2 kita macamana. Ya betui patut kita didik la anak2 betui2, kerajaan selama ni xbuat kerja xdidik rakyat etc etc, tapi hampa setuju la yg kena mai dulu ialab didikan dan bukan bagi depa kalimah Allah tu buta2 ja pakai. Kalau dah setel bab anak2 Melayu punya akidah, semua pun tau konsep tauhid yg sebenar, xgoyah semua, ha masa tu nak bagi depa pakai mcmanana pun xpa la.

Buat restriction kalimah Allah?
Walaupun mungkin Anwar Ibrahim sendiri xbersetuju pun denagn apa dia bawak, tapi dia xdak pilihan selain untuk dapatkan undi, dan akan ada Melayu tetap akan sokong dia walau terkorban hak2 depa sendiri. Tapi chinese lain, hampa xfavour depa dia boleh swing undi mcamtu saja, all out. 

So lebih baik bagi Anwar lebih baik favour geng2 non muslim ni. Jugak dia dah terlekat dengan tekanan DAP, pimpinan bukan islam dalam partinya dll. Tapi adakah kita nak ikut dia terlekat sekali? Jangan  ditarik kita ni, kita pilih jalan kita la, kita rasa mana yg lebih baik buat buat islam.

Apa yg telah sy sebut di atas merupakan pandangan peribadi hina diri saya, yg tiada berilmu ini dan boleh ditolak kerana kerana bukan dari nabi. Namun kita yakin yg ulama2 Malaysia yg faqih dalam hal ini pasti paham. Justeru kita lihat ulama Pas dan UMNO bersama2 bersetuju dalam isu ini bahawa Kalimah Allah  tidak boleh digunakan di didalam Bible. Maka kita insan marhaen sepatutnya menyokonglah dan mengangkat persefahaman di atas.

Namun, siapa di antara kita pemimpin yg menolak perkara di atas atas dasar teknikal? Siaapa lagi kalau bukan yg sedia mengorbankan prinsip,persetujuan ulama demi kepentingan politik laitu Anwar Ibrahim. Kita lihatla, tengok apa kata dia bila majlis syura decide walaupun seiring dengan keputusan majlis fatwa Malaysia.

Dalam video kenyataan Anwar di atas,ustaz hadi lah yang salah kerana xbawak perkara ini ke kedalam mesyuarat majlis presiden. Pandai dia guna teknikal,. Inilah mereka yang banyak saja alasan dalam nak menegakkkan benang basah! Dia pun tau, kita pun tau, xmungkin tuan guru Haji Hadi dan Nik Aziz kurang cerdik dari Anwar. Hanya sebab ustaz hadi xbawak dalam mesyuarat presiden so benda tu jadi xrelevan? 

Masya Allah! Mesyuarat majlis presidennya dengan karpal singh lebih tiggi nilainya dari keilmuan tuan guru . Marilah kita renungkan adakah orang ini ikhlas dengan tuan guru atau hanya mengambil kesempatan keatas mereka.


Mai lihat jawapan al ulamak Anwar Ibrahim dalam isu kalimah Allah bila ditanya Americans dalam forum tertutup di Barat!


Ini bertentangan jelas dengan pendirian tokoh2 PAS lain, seperti Ustaz Haron Taib, Ustaz Nasharuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan Shahkirit.

Antum boleh search nama2 di atas kaitan dengan kalimah Allah dan nampak betapa pentingnya kalimah Allah ini dijaga. Tapi mamat ni sampai last masih lagi dapat undi2 bukan islam dengan menjual akidah umat.


Kesimpulan semua diatas ialah, di mana letaknya keputusan ulama dalam parti mereka? dalam PR ni hanya PAS saja yang punya Majlis Syura, tapi PKR tidak, depa ikut suka depa nak pakai dasar apa pun.Puak2 ni mana respect ulama, betui2 matlamat menghalalkan cara.Mana boleh macamtu....Dahla naib presiden kebanyakan bukan islam.boleh harap ke kalau parti depa jadi paling kuat dalam kerajaan?jika PR menang?
Wallahua'lam

Kembali kepada table of contents

No comments:

Post a Comment