Saturday 27 April 2013

Anwar Ibrahim lawan keputusan Majlis Syura PAS dan Majlis Fatwa kalimah Allah ke Bible Melayu

Walaupun Majlis Syura dah decide kata tak boleh Kalimah Allah nak bagi ke dalam Bible Melayu, dia tetap nak bagi jugak.


Di bawah ialah kenyataan rasmi terbaru Majlis Syura Ulama PAS dalam isu kalimah Allah.

Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Haron Din, Haron Taib, Nik Aziz, Ustaz Khairuddin dan lain-lain ahli Majlis Syura Ulama PAS sepakat menolak Kalimah Allah ditafsir kedalam Bible Melayu.

Tapi apa alasan Anwar nak bagi jugak kalimah Allah ni kedalam Bible Melayu.Lihat video di bawah.

.

Jawapan aku ialah? So what? Bagi aku,  ulama tempatan lebih memahami waqi' semasa, situasi semasa negara kita walaupun ulama dunia membenarkan. Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura PAS tau la yang mana lebih baik untuk negara kita.

Juga, sejak bila pulak parti PKR ni ada Majlis Syura ?Sejak bila dasar depa memartabat islam ni? Setahu aku dalam PR PAS sahaja ada majlis syura ulama, parti PKR non muslim pun boleh jadi pimpinan.

Dah takdak majlis syura buat cara takdak la, dengaq la keputusan Majlis Syura PAS, Majlis Fatwa.......

Jom kita dengaq ceramah ustaz2 lain pasal kenapa mereka tak benarkan kalimah Allah diberi kepada bible melayu, hampa nilai la mana lebih meyakinkan.

Ustaz Kazim Elias.

 

Ustaz Taeeb Azzamuddeen pulak




Dan apa jawapan Anwar dan Azmin Ali kepada pendirian Majlis Syura PAS yang terbaru itu?








 
Banyak pulak alasan depa. Itu semua alasan teknikal. Awat kalau Tuan Guru Haji Hadi xbawak ke mesyuarat presiden keputusan Majlis Syura tu jadi salah?
Azmin pulak kata Majlis Syura hanya untuk ahli PAS. Majlis Fatwa bukan untuk semua rakyat Malaysia ka? Kalau ya maka Azmin Ali pun termasuk la kena terima fatwa tersebut!

Persoalan patut bagi atau tidak kalimah Allah pada bible Melayu bukan persoalannya, persoalan yang lebih penting ialah dia menentang pendirian ulama...

Kita tak dak ilmu so kita dengaq cakap ulama dah la....

Aku tengok depa ni memang saja xmau pakai keputusan majlis syura, sebab tak menguntungkan depa. tak dapat undi semua orang. Depa rasa depa lagi pandai dari Majlis Syura Ulama Pas dan Majlis Fatwa. Kira selama ni bukannya depa hormat sangat pun,kalau betul respect depa akan terima la keputusan tu. Rasanya selama ni depa perguna ja pimpinan nak dapatkan sokongan ahli PAS.

Persoalan lagi penting ialah, Anwar Ibrahim langsung tak ambik kira pandangan ulama dalam dijadikan dasar atau polisi diri dia. Dia pilih yang mana bagi untung pada dia saja.Boleh ke dia dilantik jadi pemimpin? Apa jaminan dia buat keputusan tidak bercanggah dengan ulama, bilamana hari ini keputusan Ulama pun dia tak peduli?

Tolak orang yang membelakangkan Ulama!
Bagi la pimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat yang lagi banyak ulama dan paham agama memimpin PR, bukannya mereka yang tiada dasar islam,tiada ulama dalam parti depa,tiada majlis syura, dan ambik keputusan ulama hanya apabila menguntungkan depa sahaj.


Mungkin depa lagi dengaq cakap Karpal Singh kot.



Anwar Ibrahim lawan Tuan Guru Nik Aziz Mursyidul Am PAS!!
Anwar Ibrahim lawan Tuan Guru Haron Din Timbalan Mursyidul Am PAS!!
Anwar Ibrahim lawan Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS!!
Anda undi Anwar Ibrahim, anda lawan Ulama'!

Seterusnya, Anwar Ibrahim membawa pluralisme agama klik sini .

Kembali pada tajuk depan klik sini

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. apa pun ucapan Anwar Ibrahim diluar upacara rasmi, ia tetap tidak mengubah keputusan yg telah dipersetujui bersama seperti yg terkandung didalam surat diatas. Lagi satu,walaupun anwar menjadi perdana menteri, beliau masih tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal perlembagaan melainkan dgn persetujuan ahli2 dewan. jadi,jgnlah disebabkan berita2 fitnah yg bibawa oleh mereka2 yg tidak bertanggung jawab ini menyebabkan anda mengetepikan realiti serta logik dan undang2 yg sudah termaktub di Malaysia Ini..sekadar pendapat=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, macam ni lah yang dikatakan tidur sebantal, mimpi lain-lain. Sorang tu ingat yang dua lagi akan setuju dengan hudud. Lagi dua tu ingat yang seekor lagi akan drop hudud demi kebaikan bersama liberal dan sosialis.

      Ryu Watenabe, kenapa anda masih menyokong seorang yang menidakkan keputusan majlis fatwa parti kesayangan anda?

      Delete